Nak bunuh????
http://malaysiakini.com/news/182102
Kejayaan Malaysia mengekalkan pingat emas dalam acara bola sepak di sukan SEA cukup membanggakan sekali kepada semua rakyat malaysia tidak kira dimana mereka berada. Kejayaan membenamkan pihak lawan dengan aksi-aksi yang mendebarkan menjadikan kita tidak senang duduk. Kehadiran penonton dan penyokong tuan rumah yang begitu fanatik menjadikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia seumpama final perlawanan akhir Piala Dunia.
Namun, terfikirkah kita bagaimana tindakan mereka yang amat fanatik itu tidak membawa langsung semangat kesukanan apatah lagi mengundang rasa hormat kita kepada Indonesia. Pemain dibawa masuk menaiki kereta perisai Barracudda, penonton yang tidak menghiraukan lagu kebangsaan yang dimainkan, sorakan yang menghina Malaysia , membakar kaunter tiket gara-gara kehabisan tiket dan kelakuan-kelakuan lain yang amat menjijikan.
Persoalannya, bertamadunkah mereka dengan tindakan sedemikian? Kita amat bersyukur kerana rakyat negara kita masih dapat mengawal emosi dari melakukan tindakan liar yang amat memalukan.
Lihat foto-foto menarik di sini.
http://sport.malaysia.msn.com/photogallery.aspx?cp-documentid=5566369
Tuesday, 22 November 2011
Saturday, 19 November 2011
Monday, 14 November 2011
Alat-alat Berfikir (Thinking tools)
Alat-alat berfikir merujuk kepada sekumpulan teknik yang boleh membantu seseorang membentuk dan mengembangkan kemahiran berfikir. Teknik ini diperkenalkan oleh Edward de Bono tiga puluh tahun yang lau melalui program yang dipanggil Cognitive Research Trust (CoRT).
Program CoRT meltih seseorang membentuk kemahiran dalam penyelesaian masalah dan kemahiran pemikiran lateral.Ini dilakukan dengan menggalakkan penggunaan pengetahuan yang biasa dan umum tetapi mengaplikasinya kepada masalah dari perseptif yang luas.
Alat-alat berfikir membantu seseorang menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita akan menjadi lebih tersusun, luas, jelas, dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Alat-alat berfikir merupakan instrumen yang boleh membantu dalam membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan lebih terkawal. Ianya juga membantu proses pemikiran secara mendalam dan meluas.
CoRT yang diperkenalkn oleh Edward de Bono terdiri daripada 10 alat berfikir iaitu :
1. PMI = Plus, Minus, Interesting --------> ( kebaikan, keburukan, menarik )
2. AGO = Aims, Goals, and Objective --------> ( Tujuan, matlamat, dan Objektif )
3. APC = Alterntives, Possibilities, Choices ---------> (Alternatif, kemungkinan, pilihan)
4. C & S = Consequense and Sequel -----------> (Kesan dan akibat daripada kesan)
5. FIP = First, Important, Priorities ------------> perkara penting yang diberi keutamaan
6. CAF = Consider all factor --------------> pertimbangkan semua faktor
7. OPV = Other people view -------------> pandangan orang lain
8. Rules -----------> Peraturan
9. Palnning --------> perancangan
10. Decisions ------------> keputusan
_______________________________________________________
Dengan merujuk kepada isu "Guru Kerja 9 jam" pilih mana-mana alat berfikir dalam CoRT untuk membuat penilaian tentang kewajaran pelaksanaan program tersebut. Adakah patut diteruskan atau ditarik balik pelaksanaannya. Rujuk http://malaysiakini.com/news/181276 untuk mendalami isu tersebut.

Kerja 9 jam.....
Guru kerja 9 jam.....berita terbaru yang agak mengejutkan guru-guru apabila tersiarnya berita yang tidak dijangka ini. Muka depan Utusan Malaysia dengan ayat-ayat memujuk , meminta agar guru jangan panik dengan pelaksanaan tersebut yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Seong.
Namun, saya menjangkakan pelaksanaannya di beberapa buah sekolah di negeri-negeri terpilih tidak akan dilaksanakan dengan melihat daripada beberapa bantahan yang timbul sejaak akhir-akhir ini. NUTP, sebuah kesatuan guru terbesar melalui Presidennya tidak menyokong cadangan tersebut dan meminta KPM menarik balik cadangannya.
Isu tersebut dijangka panas bila parti-parti politik khususnya PAS mula mengeluarkan kenyataan meminta Putrajaya menarik dan membatalkan cadangan ini.
http://malaysiakini.com/news/181276
Kepada pengunjung blog ini, marillah kita fikirkan adakah sesuai pelaksanaan kerja 9 jam ini seperti yang ingin dilaksanakan oleh KPM.

Sunday, 13 November 2011
Kepentingan Berfikir
Apakah kepentingan kepada kita?
Berfikir sangat penting dan memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian khususnya dalam dunia yang serba mencabar, berteknologi tinggi, dan kepelbagaian budaya yang rencam sifatnya.
Oleh yang demikian, kita patut menguasai kemahiran berfikir khususnya berfikir pada aras yang lebih tinggi (Higher Order Thinking). Antara kepentingan berfikir ialah ;
1. Dapat mengelakkan kesilapan berfikir.
Terdapat 4 kesilapan berfikir yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang yang dikenalpasti ;
a) Terburu-buru yakni tidak menggunakan masa untuk meneliti unsure-unsur yang terlibat.
b) Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan.
c) Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran secara jelas.
d) Celaru : tidak dapat mempertimbangkan semua faktor secara sistematik dan teratur.
2. Dapat meningkat pemikiran secara kritis dan kreatif
3. Memperkembangkan daya inteleK
4. Memupuk pembelajaran berdaya fikir
5. Kepentingan global, nasional dan individu
Bagaimana kemahiran berfikir dalam diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ?
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru menerapkan kemahiran berfikir adalah penting. Para guru seharusnya memahami situasi murid atau pelajar dan juga kelasnya. Mengikut rajendran dlam bukunya HOTS berkata kanak-kanak mempunyai perbezaan atara satu sama lain, begitu juga dengan biklik darjah. Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum prose berfikir dapat dilaksanakan.
Apakah yang perlu para guru lakukan?
Rajendaran menyarakan beberapa perkara yang perlu diteliti oleh para guru iaitu ;
1. Reflect on their pedagogical practices
2. Dispositions
3. Pengethuan dan kemahiran
4. Perancangan – masa utk sesuatu soalan, perbincangan dll
5. Teks-teks terpilih
6. Time for instruction
7. Persekitaran yang sesuai dalam bilik darjah
Mengapa berfikir?
Berfikir adalah bertujuan mencari makna. Selain daripada bernafas, berfikir adalah aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia. Selagi kita sedar, proses berfikir sentiasa berlaku. Ini adalah perkara yang normal bagi kepada setia orang.
John dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta-fakta yang ada.
Dengan kata lain, apabila kita proses berfikir berlaku, kita sebenarnya mencari maklumat baru bagi menggantikan maklumat yang lama. Contohnya, apabila kita berfikir tentang bagaimana jalan terbaik untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan cara yang cepat dan murah. Sebenarnya cara untuk sampai ke destinasi itu telah ada. Tetapi oleh kerana proses berfikir berlaku, kita telah mencadangkan satu cara yang lain bagi menggantikan cara yang lama. Misalnya, cara lama menaiki bas, tetapi kerana kita berfikir kita telah mendapat idea baru iaitu dengan menaiki kereta contohnya.
Contoh lain dapat kita lihat dalam dunia kini bagaimana proses berfikir mengubah gaya hidup dan gaya bekerja dalam dunia yang serba pantas ini. Steve Job berjaya mengubah gaya hidup penduduk dunia dengan sentuhan kreatifnya melalui penciptaan computer yang cukup memberi kesan. Bukannya teknologi computer yang sedia ada tidak maju dan canggih, tetapi sentuhannya menjadikan computer yang ada lebih canggih daripada yang sedia ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)