Sunday, 13 November 2011

Mengapa berfikir?

Berfikir adalah bertujuan mencari makna. Selain daripada bernafas, berfikir adalah aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia. Selagi kita sedar, proses berfikir sentiasa berlaku. Ini adalah perkara yang normal bagi kepada setia orang.

John dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta-fakta yang ada.

Dengan kata lain, apabila kita proses berfikir berlaku, kita sebenarnya mencari maklumat baru bagi menggantikan maklumat yang lama. Contohnya, apabila kita berfikir tentang bagaimana jalan terbaik untuk sampai ke sesuatu destinasi dengan cara yang cepat dan murah. Sebenarnya cara untuk sampai ke destinasi itu telah ada. Tetapi oleh kerana proses berfikir berlaku, kita telah mencadangkan satu cara yang lain bagi menggantikan cara yang lama. Misalnya, cara lama menaiki bas, tetapi kerana kita berfikir kita telah mendapat idea baru iaitu dengan menaiki kereta contohnya.
Contoh lain dapat kita lihat dalam dunia kini bagaimana proses berfikir mengubah gaya hidup dan gaya bekerja dalam dunia yang serba pantas ini. Steve Job berjaya mengubah  gaya hidup penduduk dunia dengan sentuhan kreatifnya melalui penciptaan computer yang cukup memberi kesan. Bukannya teknologi computer yang sedia ada tidak maju dan canggih, tetapi sentuhannya menjadikan computer yang ada lebih canggih daripada yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment