Monday, 14 November 2011

Alat-alat Berfikir (Thinking tools)

Alat-alat berfikir merujuk kepada sekumpulan teknik yang boleh membantu seseorang membentuk dan mengembangkan kemahiran berfikir. Teknik ini diperkenalkan oleh Edward de Bono tiga puluh tahun yang lau melalui program yang dipanggil Cognitive Research Trust (CoRT).

Program CoRT meltih seseorang membentuk kemahiran dalam penyelesaian masalah  dan kemahiran pemikiran lateral.Ini dilakukan dengan menggalakkan penggunaan pengetahuan yang biasa dan umum tetapi mengaplikasinya kepada masalah dari perseptif yang luas.

Alat-alat berfikir membantu seseorang menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita akan menjadi lebih tersusun, luas, jelas, dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Alat-alat berfikir merupakan instrumen yang boleh membantu  dalam membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan lebih terkawal. Ianya juga membantu proses pemikiran secara mendalam dan meluas.

CoRT yang diperkenalkn oleh Edward de Bono terdiri daripada 10 alat berfikir iaitu :

1. PMI = Plus, Minus, Interesting  --------> ( kebaikan, keburukan, menarik )
2. AGO = Aims, Goals, and Objective  --------> ( Tujuan, matlamat, dan Objektif )
3. APC = Alterntives, Possibilities, Choices ---------> (Alternatif, kemungkinan, pilihan)
4. C & S = Consequense and Sequel  -----------> (Kesan dan akibat daripada kesan)
5. FIP = First, Important, Priorities ------------> perkara penting yang diberi keutamaan
6. CAF =  Consider all factor --------------> pertimbangkan semua faktor
7. OPV = Other people view   -------------> pandangan orang lain
8. Rules ----------->  Peraturan
9. Palnning --------> perancangan
10. Decisions ------------> keputusan

_______________________________________________________
Dengan merujuk kepada isu "Guru Kerja 9 jam" pilih mana-mana alat berfikir dalam CoRT untuk membuat penilaian tentang kewajaran pelaksanaan program tersebut. Adakah patut diteruskan atau ditarik balik pelaksanaannya. Rujuk http://malaysiakini.com/news/181276 untuk mendalami isu tersebut.

No comments:

Post a Comment