Sunday, 13 November 2011

Kepentingan Berfikir

Apakah  kepentingan kepada kita?
Berfikir sangat penting dan memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian khususnya dalam dunia yang serba mencabar, berteknologi tinggi, dan kepelbagaian budaya yang rencam sifatnya.
Oleh yang demikian, kita patut menguasai kemahiran berfikir khususnya berfikir pada aras yang lebih tinggi (Higher Order Thinking). Antara kepentingan berfikir ialah ;
1.       Dapat mengelakkan kesilapan berfikir.
       Terdapat 4 kesilapan berfikir yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang yang dikenalpasti ;
a)      Terburu-buru yakni tidak menggunakan masa untuk meneliti unsure-unsur yang terlibat.
b)      Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan.
c)       Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan  pemikiran secara jelas.
d)      Celaru : tidak dapat mempertimbangkan  semua faktor secara sistematik dan teratur.
      2.       Dapat meningkat pemikiran secara kritis dan kreatif
3.       Memperkembangkan daya inteleK
4.       Memupuk pembelajaran berdaya fikir
5.       Kepentingan global, nasional dan individu

Bagaimana kemahiran berfikir dalam diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ?
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru menerapkan kemahiran berfikir adalah penting. Para guru seharusnya memahami situasi murid atau pelajar dan juga kelasnya. Mengikut rajendran dlam bukunya HOTS berkata kanak-kanak mempunyai perbezaan atara satu sama lain, begitu juga dengan biklik darjah. Oleh yang demikian, pertimbangan tertentu haruslah dibuat sebelum prose berfikir dapat dilaksanakan.
Apakah yang perlu para guru lakukan?
Rajendaran menyarakan beberapa perkara yang perlu diteliti oleh para guru iaitu ;
1.       Reflect on their pedagogical practices
2.       Dispositions
3.       Pengethuan dan kemahiran
4.       Perancangan – masa utk sesuatu soalan, perbincangan dll
5.       Teks-teks terpilih
6.       Time for instruction
7.       Persekitaran  yang sesuai dalam bilik darjah

No comments:

Post a Comment