Tuesday, 22 November 2011

Malaysia vs Indonesia

Nak bunuh????

http://malaysiakini.com/news/182102

Kejayaan Malaysia mengekalkan pingat emas dalam acara bola sepak di sukan SEA cukup membanggakan sekali kepada semua rakyat malaysia tidak kira dimana mereka berada. Kejayaan membenamkan pihak lawan dengan aksi-aksi yang mendebarkan menjadikan kita tidak senang duduk. Kehadiran penonton dan penyokong tuan rumah yang begitu fanatik menjadikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia seumpama final perlawanan akhir Piala Dunia.

Namun, terfikirkah kita bagaimana tindakan mereka yang amat fanatik itu tidak membawa langsung semangat kesukanan apatah lagi mengundang rasa hormat kita kepada Indonesia. Pemain dibawa masuk menaiki kereta perisai Barracudda, penonton yang tidak menghiraukan lagu kebangsaan yang dimainkan, sorakan yang menghina Malaysia , membakar kaunter tiket gara-gara kehabisan tiket dan kelakuan-kelakuan lain yang amat menjijikan.

Persoalannya, bertamadunkah mereka dengan tindakan sedemikian? Kita amat bersyukur  kerana rakyat negara kita masih dapat mengawal emosi dari melakukan tindakan liar yang amat memalukan.

Lihat foto-foto menarik di sini.

http://sport.malaysia.msn.com/photogallery.aspx?cp-documentid=5566369

No comments:

Post a Comment