Pemikiran proaktif ditandai oleh daya usaha berfikir sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Berfikir secara proaktif meng-gunakan keupayaan minda membuat pelbagai ramalan untuk menjangka perkara-perkara yang kini belum berlaku. Selepas itu kita menggunakan cara-cara berfikir yang lain-lain bagi membuat persiapan-persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Apabila berfikir secara proaktif seseorang tidak menanti sesuatu terjadi lebih dahulu bagi me-rangsang otaknya berfikir.
Seseorang itu dapat berfikir walaupun tidak ada apa-apa yang terjadi. Ertinya, dia dengan sendiri memilih untuk memikirkan sesuatu sebelum apa-apa terjadi. Kemahiran berfikir secara proaktif sangat penting, sama pentingnya dengan kemahiran berfikir secara projektif dan kemahiran berfikir secara perseptif Pada masa ini para pelajar lemah dalam kemahiran berfikir secara proaktif. Mereka lebih mahir dalam kemahiran-kemahiran berfikir secara reaktif. Pemikiran logikal, analitikal dan kritikal adalah kemahiran-kemahiran reaktif. Kemahiran berfikir secara proaktif me-merlukan daya imaginasi yang tajam di samping logik yang betul dan maklumat yang tepat. Kemahiran berfikir secara proaktif membolehkan seseorang itu merancang tindakan-tindakan proaktif. Ini sangat penting dalam proses persaingan. Kemahiran ini memerlukan daya ramal yang jauh dan tajam. Di dalam dunia persaingan, siapa yang nampak dahulu, dan siapa yang bertindak lebih dulu, dia akan mendapat dahulu.
No comments:
Post a Comment